assalammualaikum korang. lamaaaaaaaaa tak nampak korang. sihat tak? hehe sorry lah dah lama tak update blog ni. sebab tak tahu nak cerita apa. ni ada kesempatan, boleh lah ber blog kejap dekat hostel ni ha. cuba teka aku dekat mana?? hehe. tak sangka weh umur aku dah 19 dan masuk universiti sudah. haha. aku sekarang dekat Univesiti Malaysia Terengganu (UMT) takde lah bangga sangat. tapi bersyukur dapat jugak menjejakkan kaki ke alam universiti. memang lama aku idamkan. tapi tak sangka pulak dapat dekat pantai timur. hehehe. jauhh kau tao dari KL. naik bas 8 jam. kalau bas tu bawa gila, 6 jam dah sampai. haha. okay lah aku cerita macam mana aku boleh dapat UMT ni.
masa dekat matrik, sibuk aku isi 12 universiti yang aku nak masuk. yang pastinya UMT tiada langsung dalam senarai 12 universiti yang aku nak masuk. okay, 11 Ogos 2015, aku check dapat universiti mana. last last aku menangis weh aku tahu aku dapat UMT :( aku taknak! aku nak masuk UUM. tapi nak buat macam mana. takde rezeki. ada sebab lah tu :') mak abah aku cakap alhamdulillah, jauh tu. jenoh nak hantornya. hahaha. then aku check kos apa aku dapat, alhamdulillah, aku dapat kos akaun. ramai cakap tough course. aku kena terima lah dah itu yang kos aku apply kan. Dan, aku hidup dengan bahagia dekat sini bersama assignment yang tak henti henti. ini baru 15 jam kredit. belum lagi 24 jam kredit. menangis aku nanti. hahaha. apa lagi ek? kawan okay lah. ramai je yang peramah dekat sini. pakwe? takde yang menarik perhatian aku. kekeke, byebye

No comments:
Post a Comment