Pages

Tuesday, April 4, 2017

About me


Assalamualaikum and hye everyone :) 
today, i would like to write about me! baru aku perasan yang dalam blog aku yang baru ni aku tak pernah pun cerita aku ni siapa, aku ni orang macam mana. kan? so, lets get started!

nama diberi Fatin Amanina binti abu. pada mulanya lah kan masa aku lahir, arwah opah aku nak letakkan nama aku 'Arba'atun' and kakak sulung aku pulak nak letak nama aku 'Raihan Athirah' last last nama aku sekarang ni sampai lah bila bila abah aku yang letakkan. nama adik beradik aku semua ada suku kata 'na' dekat belakang. hahaha. aku lahir pada 13 mac 1996 bersamaan dngn 24 syawal tahun berapa tak ingat. aku lahir di hospital universiti kuala lumpur. alahhh, sebelah UM tu. situlah aku lahir. berat aku masa lahir 4.1kg berat kan? no wonder lah badan aku mmg besar. susah nak kurus sial. buat mcm mana pun, tak kurus kurus. aku ada 5 orang adik beradik dan aku anak kelima iaitu aku paling bongsu. taklah manja sangat, tapi apa aku nak, insyaAllah semuanya dapat. hehe. and aku tinggal di petaling jaya, selangor. petaling jaya area mana? biarlah rahsia. hee

aku dulu sekolah dekat area kawasan rumah ni je. sampailah sekolah menengah. then, dapat masuk Kolej Matrikulasi Perak (KMpK) course accounting and alhamdulillah final result aku time matrik dapat 3.88. actually result aku time SPM taklah gempak pun. aku dapat 5A je. tak pandai macam korang -OO- then sekarang aku tengah belajar dekat universiti malaysia terengganu course accounting jugak. Alhamdulillah :) dalam hati ni niat nak sambung lagi belajo lepas habis degree nak amek ACCA. tapi tengoklah dulu. kalau result aku stabil, aku nak apply. kalau macam haroommmm, aku kerja dululah. tapi memang aku nak sambung belajar lagi. 

aku ni orang macam mana? you have to get know me first. takut dengan aku sebab muka aku kerek, sombong, garang? elek lah bro. tak kenal maka tak cinta. hahaha. aku ni jenis aku kawan dengan semua orang. yang paling awkward bila dulu time sekolah, geng2 aku semuanya lelaki. masuk je matrik dngn u, aku tak berani dah nak kawan dngn laki. sekarang ni okaylah sikit. beranilah jugak tegur kawan kawan lelaki dekat u aku tu. aku ni sumpah sensitif. serius. dan aku ni agak pandai melawak jugaklah. siapa yang rapat dengan aku, kenallah aku ni jenis mcm mana. aku ni agak pendiam bila ada waktunya. aku tak minat sangat nak berbual ke apa ke. aku lebih suka termenung jauhh. hahaha. aku ni simple je orangnya. please, jangan takut nak berkawan dengan aku. aku okay je. okay? hidup kena chill! 

aku ni suka lelaki macam mana? hmmm, okaylah aku jujur ehh. aku last 'bercouple' time aku sekolah. form4 tak silap. itu lah last dan yang terakhir. sejak dari tu, im just afraid to starts first or takut nak confess dekat orang yang aku suka orang tu. aku akan diam sampai lebam dan tak akan cakap dekat orang tu. masa matrik? takde suka sesiapa pun. sebab sibuk dengan belajo. takde masa ehh aku nak carik pakwe ni. baik aku belajar elok elok. kan? time dekat UMT? entahlah nak. ada suka dekat orang tu atau dikenali sebagai crush lah kan. ada je. sorang. sorang tu lah aku akan setia sampai bila bila. tapi entahlah, dia tak tunjuk effort apa pun. so just like i mention before, i will not ever starts first. remember that. aku suka dekat dia sejak dari hari first masuk UMT lagi. hari first orientasi. 1 september 2015 thats the day yang aku jatuh cinta tengok dia. ecehhhh. hahahaa. sejak dari tu, aku suka dia wehhh. dia tinggi, hitam manis orangnya, hensemlah jugakk. haha. dan aku paling suka, dia ni nampak cool je tauu and dia budak baik. maybe? hmm. kalau ada jodoh, adalah. kalau takde, aku redo jelah dan membujang sampailah ke tua. haha harap kau bacalah blog aku ni. taknak cerita lebih, nanti ada yang screenshot blog aku ni, mampus. hahahaha

overall, aku ni jenis yang suka surprise, suka berkawan alahhh, biasalah tu nampak aku pergi lib sorang sorang. lone ranger. hahaha. anddddd, aku ni jenis pakai belasah je barang branded ke tak branded ke. tapi beg, kasut i will choose branded things. tapi setakat tudung pasar malam jelah. baju pun tengok keadaan. kalau yang murah ada saiz, aku on sejaaa. hahahaha. nak tahu lagi? tanya sendiri dekat aku. ahahahahaha. kbye, Assalamualaikum. 

No comments:

Post a Comment